Tuesday, 17 November 2015

Kereta Sambung Bayar

     Hari ini saya nak kupas sikit pasal kereta sambung bayar.Sesiapa yang tak tahu pasal kereta sambung bayar ni saya akan terangkan serba sedikit mengenainya.Semoga pembaca dapat fahami dan hadam.Istilah kereta sambung bayar ni atau kita panggil sb ada bnyak situasi kenapa ia wujud..Sebagai contoh pemilik kereta tidak mampu membayar ansurans bulanan kepada bank.
     Untuk mengelakkan pemilik blacklist jadi pemilik mencari sesiapa yang sanggup untuk sambung bayar hutang kereta tersebut.Kebiasaannya deposit yang dikenakan tidak terlalu tinggi oleh kerana pemilik dalam keadaan terdesak.Untuk situasi kedua pula,pemilik yang baru setahun dua menggunakan kereta tiba-tiba ubah angin untuk membeli kereta baru.Ada banyak sebab mungkin sebelum ni pemilik bujang cuma pakai viva.Tapi bila kahwin nak pakai persona pula.Jika ditolak pada used car,pemilik terpaksa menanggung kerugian sebab used car akan membeli kereta tersebut dengan harga rendah.Pemilik terpaksa topup hutang dibank.
     Untuk kereta sb ni ada market tertentu.Jika kita lihat dilaman sosial adakalanya deposit yang diminta terlalu tinggi.Kebiasaannya target customer kereta sb ni pada orang yang blacklist dan tidak layak membuat pinjaman untuk membeli kereta baru.
     Terdapat juga risiko membeli kereta sb ni.Walaupun mempunyai surat agreement dan report polis,sekiranya dibawa kemahkamah tidak laku.Agreement yang pertama antara pembeli pertama dengan pihak bank sahaja yang diakui.
     Risiko yang kedua mungkin akan berlaku adalah pembeli kereta sb tidak kenal dengan pemilik pertama.Mungkin pembeli tidak tahu kereta yang dibeli daripada pembeli kedua.Walaupun pembeli baru membuat pembayaran yang cantik setiap bulan,tapi pembeli kedua tidak membuat pembayaran kepada pemilik.Pakai 2,3 bulan tiba-tiba kena tarik.
     Oleh sebab itu pembeli harus kenal dengan pemilik asal.Siasat dulu kereta tersebut kepunyaan siapa.Check geran atas nama siapa,no chasis dan sebagainya.
    Untuk membeli kereta baru pembeli harus sedar dengan siapa dengan berurusan,sekiranya melibatkan orang tengah adalah orang tengah tersebut mempunyai rekod yang baik.Berurusan lah dengan pemilik yang waras.Taknak lah bila loan sume dah selesai tiba-tiba owner minta semula kereta.
     Sekiranya anda ingin menbeli kereta sambung bayar anda boleh berurusan dengan saya.Saya akan guide anda dengan selamat.Hubungi 014 226 4506 amar

Monday, 16 November 2015

Kereta sewa

Assalamualaikum semua..

    Pertama sekali saya nak mengucapkan terima kasih sebab sudi melawat blog ni.Hari ini saya nak cerita sikit pasal keadaan ekonomi semasa negara kita.Sedar atau tidak taraf hidup kita semakin meningkat.
    Kalau orang yang hidup makan gaji ni memang rasa perit sikit.Bila tiba tengah bulan rasa nazak dah poket ni.Mana tidak,hari ni dapat gaji esok atau lusa dah nak habis.Dengan bayar duit sewa rumah,duit pengasuh anak,belanja dapur lagi,petrol dan macam-macam lagi.kalau nak senarai kan memang jenuh lah nak menulis.Kalau gaji setakat gaji RM3000 memang tak cukup.
    Saya nak kongsi sikit mengenai pendapatan sampingan.Saya ni tidaklah pandai sangat pasal bisnes sebenarnya.Tapi nak kongsi sedikit idea.Berapa ramai kita pada hari ini mempunyai kereta?Berapa kali kita kerap gunakannya.Kadang-kadang satu rumah ada berapa biji kereta.Cuba kita tukarkan kereta iaitu liabiliti kepada pendapatan.
    Katakanlah korang ada sebiji myvi.Sebulan korang bayar RM400.Tapi gunakannya tak selalu.Pergi kerja bawa motor tak pun naik LRT sebab nak jimat minyak dan tol serta mengelakkan jammed.Betul tak?
   Tak pasal-pasal korang terpaksa menanggung liabiliti setiap bulan selama bertahun-tahun ada tu sampai 9 tahun.Cuba korang jadikan myvi tadi sebagai kereta sewa.Sehari kadar sewa myvi di tempat saya RM130.Dalam sebulan ada 30hari.Cuba korang cari customer dalam 12 orang.
   Tak susah pun nak cari pelanggan sebenarnya.Korang semua ada smart phone kan.Tiap-tiap hari buka facebook,wechat,ig dan sebagainya.Korang jadikan ia sebagai satu medium pengiklanan.Taip sikit iklan lepas tu post je.Tunggu respon orang ramai.
   Paling tidak pun korang pajak je dekat syarikat sewa kereta.Maintenance pun tak tinggi mana pun myvi ni.Tukar minyak hitam,selenggara lain-lain kos dalam RM300 je.Takkan tayar tukar tiap-tiap bulan kan?
     Cuba korang kira RM130x12 orang bersamaan RM1560.Tolak kos maintenance RM300.Bayar hutang kereta RM400.Korang dah untung RM860.Kalau korang fikir pasal risiko memang ada.Korang pasanglah tracking dekat kereta korang tadi untuk kesan kalau kereta korang kena curi.Lagi satu korang jangan lupa ambil deposit RM100.Mana lah tahu ada saman semasa kereta korang disewa.
    Yang mana ada kereta tu boleh lah cuba kaedah ni untuk tambahkan pendapatan.Yang mana tak ada kereta tu boleh hubungi saya untuk urusan pembelian kereta.Tak kira kereta baru ke second hand.Saya tak minta pun duit deposit bagai.Boleh wasap saya terus 014 226 4506 Amar.Nak tambah kereta pun tak ada masalah.


   
 
 
   

Monday, 27 July 2015

permulaan

Hari ni 27 julai 2015 genap sudah usia ku 29 tahun.Maknanye ini merupakan hari kelahiran blog ni.Blog ni sedikit sebanyak akan berkongsi maklumat dan panduan bagaimana membeli kereta baru,terpakai dan sambung bayar.