Monday, 16 November 2015

Kereta sewa

Assalamualaikum semua..

    Pertama sekali saya nak mengucapkan terima kasih sebab sudi melawat blog ni.Hari ini saya nak cerita sikit pasal keadaan ekonomi semasa negara kita.Sedar atau tidak taraf hidup kita semakin meningkat.
    Kalau orang yang hidup makan gaji ni memang rasa perit sikit.Bila tiba tengah bulan rasa nazak dah poket ni.Mana tidak,hari ni dapat gaji esok atau lusa dah nak habis.Dengan bayar duit sewa rumah,duit pengasuh anak,belanja dapur lagi,petrol dan macam-macam lagi.kalau nak senarai kan memang jenuh lah nak menulis.Kalau gaji setakat gaji RM3000 memang tak cukup.
    Saya nak kongsi sikit mengenai pendapatan sampingan.Saya ni tidaklah pandai sangat pasal bisnes sebenarnya.Tapi nak kongsi sedikit idea.Berapa ramai kita pada hari ini mempunyai kereta?Berapa kali kita kerap gunakannya.Kadang-kadang satu rumah ada berapa biji kereta.Cuba kita tukarkan kereta iaitu liabiliti kepada pendapatan.
    Katakanlah korang ada sebiji myvi.Sebulan korang bayar RM400.Tapi gunakannya tak selalu.Pergi kerja bawa motor tak pun naik LRT sebab nak jimat minyak dan tol serta mengelakkan jammed.Betul tak?
   Tak pasal-pasal korang terpaksa menanggung liabiliti setiap bulan selama bertahun-tahun ada tu sampai 9 tahun.Cuba korang jadikan myvi tadi sebagai kereta sewa.Sehari kadar sewa myvi di tempat saya RM130.Dalam sebulan ada 30hari.Cuba korang cari customer dalam 12 orang.
   Tak susah pun nak cari pelanggan sebenarnya.Korang semua ada smart phone kan.Tiap-tiap hari buka facebook,wechat,ig dan sebagainya.Korang jadikan ia sebagai satu medium pengiklanan.Taip sikit iklan lepas tu post je.Tunggu respon orang ramai.
   Paling tidak pun korang pajak je dekat syarikat sewa kereta.Maintenance pun tak tinggi mana pun myvi ni.Tukar minyak hitam,selenggara lain-lain kos dalam RM300 je.Takkan tayar tukar tiap-tiap bulan kan?
     Cuba korang kira RM130x12 orang bersamaan RM1560.Tolak kos maintenance RM300.Bayar hutang kereta RM400.Korang dah untung RM860.Kalau korang fikir pasal risiko memang ada.Korang pasanglah tracking dekat kereta korang tadi untuk kesan kalau kereta korang kena curi.Lagi satu korang jangan lupa ambil deposit RM100.Mana lah tahu ada saman semasa kereta korang disewa.
    Yang mana ada kereta tu boleh lah cuba kaedah ni untuk tambahkan pendapatan.Yang mana tak ada kereta tu boleh hubungi saya untuk urusan pembelian kereta.Tak kira kereta baru ke second hand.Saya tak minta pun duit deposit bagai.Boleh wasap saya terus 014 226 4506 Amar.Nak tambah kereta pun tak ada masalah.


   
 
 
   

No comments:

Post a Comment